Skip to content

PEMILIHAN WAKIL KOMUNITI BAGI COUNTRY COORDINATING MECHANISM (CCM) MALAYSIA (PENGGAL 2022-2024)

    Pengenalan

    Negara-negara yang menerima geran Global Fund (GF) perlu menubuhkan Country Coordinating Mechanism (CCM) untuk memantau perlaksanaan projek agar geran yang diberikan digunakan mengikut matlamat yang ditetapkan. CCM terdiri daripada ahli-ahli lantikan agensi kerajaan serta wakil yang dipilih oleh komuniti masing-masing. Adalah disyorkan wakil komuniti CCM dipilih oleh komuniti sendiri berdasarkan satu proses yang terbuka (transparent), direkodkan (documented) dan dibangunkan bersama dengan komuniti. Calon yang berjaya akan dilantik oleh Pengerusi CCM Malaysia melalui surat lantikan rasmi.

    Urusetia CCM dengan kerjasama komuniti, akan menjalankan proses pemilihan wakil komuniti CCM bagi penggal 2022/2024 untuk kategori berikut:

    Wakil Lelaki yang hidup dengan HIV (PLHIV Man) – 1 wakil

    Wakil Wanita yang hidup dengan HIV (PLHIV Woman) – 1 wakil
    Wakil Men Who Have Sex with Men (MSM) – 2 wakil (Umur ≥30 thn & <30 thn)
    Wakil Transgender (TG) – 2 wakil (Umur ≥30 thn & <30 thn)
    Wakil People Who Use Drugs (PWUD) – 2 wakil (Umur ≥30 thn & <30 thn)
    Wakil Female Sex workers (FSW) – 2 wakil (Umur ≥30 thn & <30 thn)
    Wakil Community Based Organizations (CBOs) – 6 wakil: Zon Utara (1), Tengah(1), Pantai Timur (1), Selatan (1), Sabah/Labuan (1), Sarawak (1).

    Satu proses am pemilihan wakil komuniti* bakal diadakan mengikut ketetapan syarat, proses, masa/tarikh berikut:

    Pencalonan dibuka: 27 Julai, 2022 (Rabu)
    Pencalonan ditutup: 10 Ogos, 2022 (Rabu). 1.00 petang
    Pengumuman calon: 11 Ogos, 2022 (Khamis)
    Pengundian diadakan sebelum: 17 Ogos, 2022 (Rabu), 1.00 petang
    Pengumuman keputusan pemilihan: 18 Ogos, 2022 (Khamis)


    *Nota: Pemilihan wakil komuniti CCM diterajui oleh komuniti masing-masing dan dibantu oleh urusetia CCM

    Proses Pemilihan

    Borang Pencalonan & Dokumen Sokongan

    Borang pencalonan (Lampiran 1) haruslah diisi dan disetujui oleh calon sebelum dihantar kepada pihak urusetia. Segala pencalonan dan dokumen sokongan boleh dihantar kepada:

    [email protected]

    Pencalonan, Pengundian & Pertanyaan

    Segala pencalonan & pengundian haruslah ditujukan kepada: Salsabilah binti Mohamad Mukhtar, Penyelaras CCM ([email protected]) serta sukarelawan proses pemilihan komuniti masing-masing.

    Segala pertanyaan boleh menghubungi Sokongan Teknikal Pemilihan CCM – Han Yang (012 327 0274
    [email protected]).