Skip to content

[AKHIRI AIDS MENJELANG 2030] BENGKEL CBT ANJURAN MAM BERSAMA-SAMA JKWP KL & PUTRAJAYA.

     Kuala Lumpur 20 Februari 2023: Majlis AIDS Malaysia (MAM) bersama – sama Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur & Putrajaya (JKWPKL) telah mengadakan satu bengkel bagi Community Based Testing (CBT) dengan semua Pelaksana Projek. Bengkel yang dilaksanakan selama dua hari ini bertempat di Pusat Sumber MAM dan dihadiri rakan kongsi organisasi MAC termasuk Federation of Reproductive Health Associations, Malaysia (FRHAM), Persatuan Insaf Murni Malaysia, Pertubuhan Kebajikan dan Persekitaran Positif Malaysia (SEED), Yayasan Pink Triangle (PT Foundation), Kuala Lumpur AIDS Support Services Society (KLASS) dan Pertubuhan Kesihatan & Kebajikan Umum Malaysia (PKKUM). Di antara topik yang diketengahkan di bengkel ini adalah Pengenalan Asas Community Based Testing (CBT), Prinsip Asas Kaunseling HIV/AIDS, Pengenalan Asas HIV/AIDS, Pengenalan Asas Hepatitis C dan Komunikasi Berkesan. Terima kasih kepada para peserta dan pegawai bertugas JKWPKL. Mari sama-sama akhiri AIDS menjelang 2030.

    Leave a Reply