MAC CARE
Anda tidak keseorangan.
Kami bawakan kepada anda portal MAC Care, saluran komunikasi atas talian untuk anda mengemukakan sebarang permasalahan dan aduan berkaitan HIV dan AIDS di Malaysia.
Kami komited untuk memelihara kerahsiaan anda dan tidak akan sewenang-wenangnya berkongsi sebarang maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga, terutamanya status HIV anda.
Kami berkerjasama dengan Biro Bantuan Guaman untuk menyelesaikan kes-kes serius yang melibatkan insiden stigma dan diskriminasi. Dengan segala kudrat yang ada, kami akan membantu anda untuk mencari jalan penyelesaian terbaik kepada isu dan masalah yang anda bangkitkan.
Tiada masalah yang terlalu besar, atau terlalu kecil untuk kami. Tanyalah apa sahaja.
Inilah ikrar kami kepada komuniti.
Kami ingin dengar luahan anda.
Gunakan portal ini untuk mengemukakan sebarang isu atau aduan anda kepada kami. Sebagai alternatif, anda boleh mengemukakan laporan anda melalui emel ke [email protected]
Kenali Petugas Advokasi kami
Dengan bangganya, kami perkenalkan petugas-petugas Advokasi di MAC, yang boleh anda hubungi jika ada memerlukan sebarang bantuan dari kami:

Zahra Zamalik
Pengurus Kanan,
Projek Khas & Hubungan
Stakeholder (Advokasi)
[email protected]

Chella Sri
Eksekutif Advokasi
dan Hubungan Komuniti
[email protected] / 03.4047.4294

Seyrra
Eksekutif Advokasi
dan Kempen
[email protected] / 03.4047.4267

Sara Radzi
Eksekutif Kanan
Komunikasi dan Pemasaran
[email protected] / 03.4047.4253
HIV & Islam

Fakhrurradzi Idrus
Pengurus Projek Advokasi
Inisiatif HIV & Islam
[email protected] / 03.4047.4253

Muhammad Hakim Bin Abu Hassan
Pegawai Projek Advokasi
Inisiatif HIV & Islam
hakim.abuhassan@
myaids.org.my / 03.4047.4253
Sila laporkan Kes Insiden Stigma & Diskriminasi anda di
MYVOICE
Aduan insiden diskriminasi di fasiliti kesihatan kerajaan
MyVoice adalah sistem pengurusan maklum balas/aduan atas talian yang digunakan sebagai platform untuk membuat sebarang maklum balas/aduan berkaitan sebarang kejadian stigma dan diskriminasi terhadap orang yang hidup dengan atau berisiko tinggi mendapat HIV serta penjaga (pasangan atau suami/isteri) ketika mendapatkan perkhidmatan di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Platform ini dibangunkan oleh MAC dengan kerjasama Sektor HIV/STI/Hep C, KKM.